02 January, 2024

..:: TAHUN BARU MASIHI 2024 (Kalender Gregorian) ::..

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sejujurnya tiada azam seperti biasa (maksudnya tiada list gunung mahupun bukit yang ingin ditakluk puncak dan jalur pendakiannya) - walaupun tahun2 lain mmg x berazam sangat aku ni...cuma ingin jadi lebih dekat dengan DIA je tapi seringkali tersasar dan hujung2 kemanisan itu hanya dirasai beberapa ketika sahaja..

Tahun ni, aku hanya berharap agar aku terus diberi kekuatan untuk meneruskan rawatan hingga sembuh dan bebas daripada penyakit yg dihidapi sekarang mahupun penyakit kronik yg akan datang. Aku sangat berharap dalam perjalanan ini, aku sentiasa bersyukur dengan apa jua garis takdir yang Allah tetapkan untuk aku dan juga aku dapat kembali memaknai nama diriku yang aku rasa kian pudar. 

Terima kasih Allah di balik hujan badai yang menimpa, tetap juga Dia berikan pelangi dan cahaya untuk aku bersyukur. Walaupun aku rasa ianya menyusahkan mereka tetapi aku bersyukur, mereka2 inilah yang ambil berat akan hal ehwal diriku... Keluarga, bos, sahabat, murabbi, saudara mara, rakan sepejabat, rakan usrah & kawan2 yang mengenali. Aku doakan agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik, dimudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan juga diberi ganjaran kebaikan dunia & akhirat. Amin..

Banyak yang aku boleh nukilkan di persada ini cumanya entah bila ianya mampu tertunai.

19 January, 2023

..:: TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU ::..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
.
Harini mungkin terlebih rajin naik syeikh untuk update blog😅 scroll bahagian draft... Tajuk ni dibuat pada 09.02.2022... bila aku tgk ig, tahun ni juga aku post benda tahun lepas yg aku syukuri yg aku hold hingga hampir setahun utk update di ig juga lebih setahun di blog ni...
.
Mmg aku bersyukur utk hal itu kerana ia melibatkan ikatan adik beradik... Walau sekarang juga tidaklah begitu mesra namun tidaklah sampai bermasam muka... Itupun aku dah cukup sgt bersyukur... Bukan semua tapi hanya yg seorang itu...aku juga tidak tahu di mana silapnya...cuma pagi tadi terdengar nasihat ustaz di IKIM... Kita x boleh nak ubah hati seseorang, tapi kita mampu pujuk hati kita dan juga kita hanya ada senjata doa .. berdoalah kerana yg mampu mengubah hati seseorang juga mengubah hati kita adalah Allah .. *hampir menangis aku dekat fateh tadi... Sebakkk*..
.
Jadinya aku juga akan tepek nukilan aku di sini... Dan gambar yang aku tampal kat sini bekenaan hal lain yg juga sangat aku syukuri..
.
Terima kasih Allah atas segala perjalan hidupku yang telah Engkau aturkan.
Aku tahu inilah yang terbaik untukku dalam mempelajari hal2 yang Engkau ingin mendidik..
.
*PUISI TERIMA KASIH ALLAH*
.
Terima kasih Allah
Atas segala kurniaan dan rahmatMu
Aku tidak tahu doa siapa yg diangkat
Perjalanan malam ni baik² sahaja

Terima kasih Allah
Kerana melembutkan hati² kami
Agar saling meminta dan memberi maaf
Moga malam ini menjadi permulaan baharu 
Agar tertaut kembali hubungan kami yang suram 

Terima kasih Allah
Memberikan kami sedikit kekuatan 
Untuk bertahan dan Masih berada dalam landasanMu
Moga kasih sayang kian menyubur antara kami

Terima kasih Allah
Asbab malam ini apa yang terbuku terluah
Terlihat tenang tak bererti tidak berkocak didalamnya
Aku bersyukur Kau menyayangi mereka 
Dan moga² Kau menyayangiku juga

Terima kasih Allah
Keranaa menyedarkan aku mulutku juga berbisa
Yang boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain
Tanpa aku sedar 
Ampunkan aku ya Allah atas khilafku 
Yang masih berusaha menjadi baik dipandanganMu
.
#tintasutera
#15012022
#3.00am
#hampirsetahun
#alhamdulillah
.

..::REFLEKSI DIRI::..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
.
11.01.2023 follow up checkup dgn jabatan hematologi (utk cek hb & zat besi).. malam sebelumnya aku berharap ini adalah janji temu terakhir dgn doc jabatan ni since mengenai fibroid aku tu, aku da ke PMC (putra medical centre) dimana doc tu kwn bos aku, bos ckp, doc ratna ni dia akan terus terang mengenai kondisi pesakit dan akan advise yg terbaik...dan doc ratna kata kat aku selagi boleh bertahan kita bertahan... yup ayat ini mmg lah diri aku...haha...aku sgt suka bertahan, setia dan perkataan sinonim yg lain la... haha...
.
Berbalik pada followup darah ni ..macam biasa kena amik darah dulu..time junpa doc, hb aku rendah lagi which is 6... iron aku pun 4...rendah doc kata..(time warded dulu, feritin aku hampir tiada doc kata dan itu membuatkan doc agak pelik aku masih mampu berjalan...dan aku mmg lagi sgt bersyukur sbb atas rahmat Allah aku masih kuat walau kondisi aku sebegitu).
.
Jadi doc advise utk tambah iron dlm badan dgn cara suntikan..dan bukan cosmofer mcm dulu tapi venofer (less allergic doc kata) dan since rumah dekat, boleh dtg 2x seminggu selama 3 minggu utk masukkan venofer ni... Doc x advise utk tambah darah sbb klu tambah darah kemungkinan komplikasi selepas itu lebih tinggi berbanding tambah iron ..
.
So cerita yg nak dicerita itu adalah hari ini (18.01.2023) adalah kali ke-3 aku dtg hospital utk dptkan iv venofer ni.. 

.
Bila time dapat treatment ni biasalah akan bermain dengan emosi kan...
Tapi alhamdulillah setakat masuk venofer apalah sangat bila tgk tamai juga patient yang kena masuk darah.. 
Moga keadaanku tidak akan ke arah seteruk itu.. Pengalaman tu xnak diulang sbb kita x tahu darah siapa yg akan dimasukkan dlm badan kita... Hmm... 
Kelihatan ramai juga yg muda masukkan darah.. ini membuatkan aku berfikir bakal suamiku perlu disaring agar hbnya, zatbesinya semuanya cukup dan normal utk mengelakkan zuriat nnt lebih teruk keadaannya (ini klu Allah rezekikan ada jodoh dan akan lahirkan zuriat tapi rahsia Allah, perjalanan hidupku yg terbaik tidaklah diketahui bagaimana penyudahnya)..
.
Lepas da habis treatment, macam biasa amik masa utk masuk ofis... Dan jalan2 dlm hospital ni... Terfikir pulak pentingnya ada duit sekurang²nya kita boleh belanjakan ikut apa yg kita suka utk gembirakan (baca:merawat) hati kita yg x tau nak describe perasaan tu mcm mana...tapi terlintas mcm mana org2 yg xde lebihan duit utk dibelanjakan tu? Mcm mana diorang healing??? 😭.. 
.
Jika itulah keadaanya moga mereka tahu adanya Allah yg lebih dekat dari urat darah... adanya Dia dlm setiap perjalanan kita... Xde duit xpe...asalkan ada Allah dihati... Yg ada lebihan duit yg sedikit ini...syukurlah kerana instead of Allah, Dia rezekikan utk kita belanja ikut apa yg kita suka... Baikkan Allah..Dia maha tahu apa yg hambaNya perlukan... Maksudnya aku kena ada tambahan lain utk healing...lemahh...haha..
.
Akhir kalam moga aku sentiasa positif, syukur, sabar dan enjoy the process..
U can do it my dearself..i love u❤️

..::START-UP 2023::..

Bismillah ar-rahman ar-rahim
.
Sedar dan tidak 2022 telah berlalu dan dah dalam minggu ketiga untuk tahun 2023 ni.
.
Seperti biasa selalu je rasa nak update blog tapi pengakhirannya hanya tinggal draft, ig mahupun note sahaja... lemah betul...tapi sekurangnya 2022 ada la 2 post daripada xde kan...haha..
.
Kat sini saja nak cerita untuk aku tahu perjalanan kesihatan diri sendiri... tahun lepas, bulan 8 first time aku warded sbb hb low da 3 (selama ni aku mampu berjalan dan tak pernah pengsan semuanya atas rahmat Allah)..alhamdulillah terima kasih Allah kerana tidak membuat aku menyusahkan keluarga... Huhu..
.

.

10.08.2022

Tarikh ni permulaan segalanya... Aku pergi buat medical checkup dekat avisena dengan gee asbab da ramai tegur bibir aku da pucat sangat... Bila tgk balik mmg bibir aku mmg hampir putih... Selama ni aku dok rasa ok sbb asik ingat tangan kuning tu semulajadi.... Rupanya sebb darah makin xde...kuning macam pegang kunyit tu rupanya pucat melampau...haha.

.

Lepas amik darah & urine, pergi chest x-ray dan naik balik tingkat 1, nurse panggil dan kata kena amik darah utk confirmation sbb ada result drop... (Time ni aku ingat still rendah mcm biasa...mcm biasa tu tahun 2020 tu hb aku da 7, tinggal x de referral letter ke hospital je)...Then turun makmal balik utk amik darah balik dan aku tgk darah mmg cair..

.
Settle part tu, naik balik utk test fizikal, jumpa dietitian...semua ok kecuali lower body weak (kaki aku lemah dan aku perasan la bab tu) dan boleh juga kurangkan bodyfat..

.
Selesai kat sini, pergi lunch & zohor dan pukul 3.30 petang boleh jumpa doktor... Time masuk bilik doktor, doktor terus tgk hb & doc kata x boleh ni puan, puan dah kena warded ni...hb rendah sgt... 3.3... minimum perempuan 12..🥴

.
Doc tanya dulu ada katil kosong x...tapi xde so die kluarkan surat refer... Doc kata Sunway & sime Darby ada pakar haematology...then doc tny duduk mana, bila tau kl, terus doc kata hosptl ampang...
.
Dingdong2, balik, asar pastu maghrib sambil2 Cari info nak warded...last decide nak g kpj ampang..Malangnya mereka x terima sbb katil penuh n klu nak cepat g hosptl lain @ klu nak kat sini, kena dtg esok pagi... So aku, mak n adik2 beredar...Dan call sunway, columbia princecourt... Semua bilik penuh...akhirnya pergilah aku ke hospital ampang...

.

Sini quite cepat mungkin sbb hb3.3 ..rendah sgt... So lepas doc tanya symptom², kena g gynae, & scan...kena naik wheelchair (first time wlupun boleh jln)..haha... Bila scan doc nmpak ada fibroid dlm rahim 3-4cm dan cyst kosong kat sebelah... Cuak bila dengar....

Then tgu balik kat zone kuning dan x lama lepas tu dpt katil di wad 8a dan doc decide masuk darah esok...

Secara kesimpulannya, warded sehari lebih sahaja (sempatla ex, toki & k.sarah dtg melawat kat hospital)... Rezeki dpt kwn2 wad yg ceria sampai aku x tau nak ckp apa dah gelak2 & senyum je... Bnyk ckp su gguh depa ni... Haha.. time warded tu, aku dimasukkan darah 2 beg dan iron supplement (cosmofer) 1800ml... Feritin aku hampir kosong...dan doc yg dtg cek dia kata badan aku da adapt dgn hb rendah tu yg x pengsan tu sbb dia jatuh berdikit dikit bukan sekaligus...

Jumaat 12hb kami wad 8a dapat rezeki discharge beramai ramai...haha... Mcm nak balik rumah drpd asrama plak rasanya... 

.

Ok habis cerita aku kena warded.. post lepas ni, aku nak cerita perihal apa yg patut aku cerita utk update blog ni sebenarnya tapi dah bertukar utk cerita benda kat atas ni tadi .. ok la ... Sampai ketemu lagi....